web widgets
RSS

Harapan Insan Kecil.....


Dengan anugerah Ilahi
Dan minat yang dalam
Tercetuslah semangat membara
Tercetuslah nada irama
Getaran alunan suara menghiasi alam maya

Bermulalah azam dan impian
Untuk menjadi seorang deejay
Dari suka²...menjadi minat
Dan alhamdulilah dengan segala Anugerah Allah

Datanganya sokongan insan² tersayang,rakan² dan peminat
Bertali arus dari itu
Bersama kerelaan hati yang murni
Bersengkang mata...usaha yang gigih
Terbinalah kerjaya seorang deejay radio internet

Disinilah pertemuan sahabat² deejay yang lain
Minat yang sama...berkongsi pengalaman,ilmu,idea dan info
Impian dan harapan di pertaruhkan
Merencana kearah lebih berjaya
mencorak harapan bersama membina bakat²
Dengan mengapai impian menjadikan
Harapan kecil masing² menjadi nyata

Harapan dan impian kecil
Disatukan dengan sokongan peminat
Maka dengan izin Allah
Tertubuhnya AuRaFM - Gegaran Dunia Muzik Interaktif

Alhamdulilah setelah merntasi dugaan
Dengan sokongan peminat yang mantap dan padat
AuRaFM mengorak langkah lebih maju.

Moga kehadiran harapan insan² kecil ini
Dapat memberi kecerian dalam hidup peminat
Terima kasih di ucapkan kerana sabar
Melayan kerenah dan keletah deejay
TANPA PEMINAT SIAPALAH KAMI
DEEJAY DEEJAY DISINI

sekalung penghargaan keran bersama²
Melaksanakan harapan insan kecil menjadi nyata
Bersama samalah menjayakan harapan di sini
Segala jasa peminat amatlah di hargai
Hanya Allah dapat membalasnya

Getaran alunan suara sebagai balasan
Tanda terima kasih
Walaupun hanya bertemu di alam maya
Itu sudah cukup membakar semangat berdeejay
InsyaAllah nnt kan bertemu secara berdepan
Mengeratkan ukhwah yg terjalin dng kehendak Allah

Teruskan bersama²
Moga Mantap 40 juta ~insyaAllah

~~ Nukilan Niza Idris ~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS