web widgets
RSS

Lambang KasihKu

Ada sesuatu ingin ku katakan,,
namun masih tak mampu tuk menyatakannya....
mengapa dan kenapa??? 
adakah kerana ku takut pada byg2ku sendiri...
menolak perasaan nyata yg hakiki....
dirimu ku perlukan selalu.....
hanya dpt ku pamerkan melalui gerak mata dan senyuman..
dan masanya terucap jua bingkisan kata2 indah menyatakan rasa hati...
KU SAYANG PADAMU SELALU
dan dibalas dengan senyumanMU
SUDAH CUKUP MEMBUAT KU DIALAM ASMARA
KepadaMU YA ALLAH...
Ku MINTA MOGA KASIH SAYANG INI TEGUH....
SETEGUH TAJ MAHAL....
LAMBANG CINTA DAN KASIH
SEORANG INSAN PADA KEKASIHNYA....Caiyok3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selimut Asmara Kita

andai bisa ku ragut kasihmu
tak perlulah tuk ku merayu syg...
semakin kau merenung ku
semakin berdebar
terasa kehangatan kasih

wajah yg kusayang
ku amati dng penuh cinta
betapa comelll dirimu dihatiku
biarlah terus tatapanmu menemani ku
yang kadang2 membuat ku xkeruan
diperhatikan mu
di rayu...di manja
adehh...ku terpesona pada asmaramu

biarlah bicara terdiam
namuan renungan mata,lirikan pandangan
dan gaya menjelaskan segalanya
kau mahu aku
dan aku mahu dr mu selalu bersama

walaupun ada masanya rajukku dan rajukmu
mewarnai jln2 kasih ini
itulah yg membuat getaran cinta
menghangatkan asmara
membuai perasaan menjadi teman dikala
kejauhan yg tercipta

wahai syg...terima kasih menyelimutkan drku
dengan kshmu....membuatkan drku terasa di penuhi
dengan kehangatan kasihmu
andai satu masa jiwa kita
terpisah...akulah insan yg merana
merindukan setiap kenangan kita
biarlah terusku menghuni hatimu
selagi kau mengetarkan naluriku
selagi hatimu masih berlagu cinta
tuk didendangkan bersama 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cahaya Bintang

Ingin ku ukir namamu di atas bersama bintang 
namun tanganku xsampai tuk mengukirnya
tapi cukuplah ku tanam khayalan
mengukir namamu dan namaku bersatu di sana

agar malam dapat kita melihat bintang2 

mengukir nama kita bersama
dan kita tersenyum bahagia...
walaupun khayalan itu hya impian
namun dihati ia nyata
kasih syg kita indahnya
walaupun dlm kegelapan masih mampu bersinar
seperti bintang menyerikan malam yg kelam...

CAIYOK3 ~~ aimiza22 ~~ ♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kasih Kita


Kasih...kupersembahkan hanyalah padamu
ku genggam setia ini untukmu
percayalah selagi bergetar
gerak nadiku...masih bertaut cintak untukmu


Kasihmu masih lagi
mengetarkan rasa naluri
membuat diriku resah gelisah
bila terjadi sesuatu yang xdingini
mengundang kesalafahaman antara kau dan aku


Maka tanpa disedari 
terungkaplah bicara kata yang menguris perasaan
tapi percayalah ku masih lagi mencintaimu seperti selalu
maafkan diriku....


Ketahuilah betapa sakitnya terlalu lama
menurut rentak hati yang terluka
cuba menidakkan kebenaran hati
dirimu selalu ku ingini
bersama menghadapi hari² berlalu


Biarlah dunia memandang sinis kasih ini
tapi hakikatnya kau dan aku tau
sedalam mana kasih sayang kita
dikau masih lagi menghuni hatiku
masih lagi kudambakan
masih membuatku bisa tersenyum


Kecemburuan yang hadir menambat lagi
kasihku padamu
biarlah pengalaman untaian kasih ini 
mematangkan kau dan aku
untuk menghadapi segala dugaan


Dan ku selalu berdoa...
moga kasih kau dan aku
hingga ke ujung nafas
dan bertemu kembali di alam sana ....insyaAllah


Semoga Allah meneguhkan kasih sayang 
yang kita pertahankan bersama dng izinNya ~~ Amin 


~~ Niza Idris ~~ Ikhlas drku ♥ Caiyok3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bintang & Malam....


malam kian jauh melabuhkan tirainya
mata masih lagi belum lelah
menatap keindahan malam dinihari


bintang masih setia menemani malam
begitu indah menghiasi cakrawala alam
begitulah sinar si bintang
tak secerah mentari
tapi masih mampu memberikan sedikit sinar
memberi sedikit cahaya 
tuk dihayati keindahannya


begiulah diharapkan dalam meniti
perjalanan hidup ini
jika xsecerah mentari
masih mampu memberi sinaran 
pada yg mengerti
pada yg bisa memahami


cukuplah seperti bintang
walaupun sedikit sinarnya
tapi masih mampu memberikan serinya
untuk dikecapi


begitulah kita insani
xperlu menggapai impian xpasti
yg pasti berusaha menjadikan ia 
begitu bernilai tuk melengkapi
perjalanan yg masih samar
perjalanan yg masih jauh


jadikan aku bintangmu
duhai kasih
menerangi jiwamu
menghiasi dan menghuni kamar hatimu 
yang masih mampu 
tuk memberikan sinarnya
memberi kehangatannya 
tuk menyelimuti dirimu kekasiku ~~ 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS



SAHABAT ♥


SAHABAT lebih indah dari pada KAWAN...
kerna SAHABAT akan sentiasa bersama kita walau kita susah atau pun senang,
Manakala KAWAN pula akan bersama kita bila kita senang sahaja...


Itulah antara perbezaan SAHABAT & KAWAN.....



CARILAH SAHABAT SEJATI....DARIPADA KITA MENCARI KAWAN SEJATI....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta ♥


sebuah cinta
makin dingin
kerana ketidakjujuran
bersalahkan kasih yg tercipta
siapa yg mencorak onar
aku atau engkau


masih kupertahankan segalanya
hanya haluanmu berubah
tidak ku tau
mengapa???
tidak layakkah aku kini
untukmu


biarlah...
tuk apa menagih ksih pada yg xsudi
tak faham
yg kecewa aku...
tq sbb menarikk ku 
dlm alam kekecewaan ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Persahabatan Ini

Mutiara Persahabatan Sejati
Yang aku miliki hanyalah sekeping hati,
Ketika aku meniti hidup ini keseorangan,
Aku hanyut dipukul gelombang,
Tewas dalam perjuangan ...
Lalu ... kau hadir mengembalikan kekuatan.
Hembusan angin membisikkan kejujuranmu,
Deruan ombak merisikkan keikhlasanmu,
Hujan yang turun melagukan kebenaranmu,
Buih-buih yang keciciran di tepian pantai ... 
menyampaikan kesungguhanmu.


Aku sering menghayati setiap kata ...
Yang terukir di bibirmu,
Kau bertindak sebagai kaunselor,
Pandangan demi pandangan kau berikan,
Ternyata ... kau penggerak naluriku ...
Untuk mencapai kejayaan.


Biarpun ada yang cemburukan kejujuranmu padaku,
Namun kau tetap tabah,
Ternyata honar disekeliling kita,
Pun begitu ... tiada erti kesalan dalam kamus kehidupan ...
Bagi kita menempuh hidup ini ...


Di hati ini tersematnya mutiara sejati,
Tetapi sayang ... bukanlah untuk selamanya,
Kerana di sini bukan persinggahanmu ...
Kita mengorak langkah bersama ...
Bersama janji yang kita kotakan,
Walaupun hanya untuk sementara waktu.


Andai kau lihat pantai yang bersih dan damai,
Itulah diriku yang setia pada sebuah janji ...
Mutiara persahabatan sejati ...
Akan kekal abadi ...♥~♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HARAPAN KABUR


Di kala ini ku cari kepastian
Tapi yang nyata harapanku tak seindah impian
Kasih sayang terduga
lalu tercoret bicara luka
mungkin aku bukan terbaik
tapi ku sempurna andai kau bersamaku
menyatukan kekhilafan dr insani

Duhai hati bilakah akan sembuh
pantaskah aku merayu
andai tidak dimengertikan

Mengapa kasihmu berubah
adakah aku tidak lagi menjadi teduhanmu
atau langkah bersamaku ini membosankan dirimu
aku bukan apa²aku insan
yang ingin disayangi dengan penuh kejujuran dan
kesetian dari lubuk hatimu yang paling dalam
terlalu sukar ku gapai harapan ku ini

Ya Allah andai ini hukumanMu
padaku melaluimu.....ku terima
andai ini suratan jalan²yang terpaksa ku lalui
andai ia terputus.....aku pasrah kerana ku sedar
aku xkan dapat menawan hati mu seperti pertemuan pertama itu
mungkin kenangan telah pudar
di bawa arus² kehidupan tak dapat menyentuh hatimu
masa mengubah segalanya walaupun kelahiran putera dan puteri
xkan dapat membuat dirimu memahami dan mencintai ku seadanya

Siapalah aku di hatimu.......
aku kenangan silammu
masa yg berlalu oleh jalan² yang terduga
mengubah layarmu ke haluan lain

Apapun terima kasih kerana memberi segala rasa
dalam perjalan hidupku
denganmu ku kenal erti rindu....sayang dan segalanya
Harapan ku kabur
kuserahkan jalan hidupku padaNYA
Moga ada ketabahan untukku ~~@!@

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CAKKKK3


Ku singkap tabir jendela
Ku lihat wajahmu
Tersenyum manja
Insan yg ku sayangi selalu 
Cakkk!!!....aduhhh 
Senyuman mu melekat dijiwaku
Hingga saat ini menekap
Di hati & fikiran
Adakah kau sama?
Merasakan bahang kasih
Menyelimuti hari²
Memberikan sejuta harapan
Dirimu selalu ada dihatiku ♥
Walaupun tak terzahir
Namun hati kita sama
Sejiwa...Sehati Selamanya ♥♥♥ Caiyok3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KASIH MU

kasih...ku ingin kau seperti dulu...
dimanakah dikau??
hilangkah kerana ku xsempurna
untuk memahami dirimu itu


bagaimana membuatmu mengerti....
bagaimana membuat mu melihatku semula...
berbagai soalan terwujud dibenak hatiku
adakah kealpaan ini
wujud jurang kasih ini
bersalahkah aku???
mencintaimu
walaupun berkali2 kasih sygku dikhianati....


mengapakah aku tidak dimatamu
hingga haluan kasihmu berubah haluannya
erm....ku pasrah andai ini suratan
apakan daya ku.....
memaksa pada satu yg telah hilang


cinta pada manusia berubah rubah
cinta pada Allah
kekal selamanya......


~~ nukilan Niza Idris ~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kasih ~~~


kasih..... terlalu sukar tuk dimengertikan 
mampukah kasih seperti dulu 
setelah berkali² diperlakukan begini dipermainkan,
dipersendakan kejujuran di letak ketepi 
keikhlasan bukan lagi di benak hatimu 


kasih.... 
sejauh mana mampu ku pertahankan 
andai selalu saje badai datang menduga 
membuat hati bergoyang teguhnya 


 kasih... suci murni yg lahir ku pertahankan 
selalu kerana ku masih menyayangimu 
tapi dirimu selalu menduga dengan sikapmu itu 


Bila hati terluka kasih ini 
bagai menghiris perasaanku jiwaku sebak...pedihh 
mampukah tuk kuhadapi benak hati yg menangis 
menenangkan ada sekelumit harapan tuk bersemi semula.... 


Seberat manapun terpaksa ku hadapi 
demi sebuah kasih 
moga kasih ini dapat dihargai kehadiranya 
dapat membuatmu kembali sedar 
sebelum ia hilang dan berlalu 
dan x dapat tuk di bina semula 
hingga hilang di dilubuk hatiku dan hatimu ♥


~~NulilanKu Niza Idris ~~ Caiyok3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

so touching story... untuk renungan semua..


HIDE MY ID 


Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..


Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..


Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..


Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.


Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.


Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.


Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.


Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..


Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.


Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..


Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah?? 


Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!


Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!


Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..


Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..


Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.


Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!


Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!


Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..


Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??


Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!


So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..


Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!


Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??


Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.


Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!


Aku buntu..


Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..


Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.


Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..


Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..


Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat! 1 Julai 2007,Buat suami yang baru kupunya,Terima kasih kerana menawarkan cintamu,Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu, Ara memang cinta padamu,Dan Ara menangis bila abang melamarkuBuat suamiku yang baru kupunya,Luaranku mungkin nampak sempurna,Luaranku mungkin ramai yang terpesona,Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka, Kerna suaraku bukan kepunyaan kitaBuat suamiku yang baru kupunya,Andai abang ingin melihat Ara ketawa,Ara hanya mampu tersenyum pada abang,Andai abang mahu Ara berjenaka,Mungkin Ara kan menangis dibahu abang, Kerana Ara tak mampu berbica,Seperti orang lain berbicara,Kerana Ara tak mampu ketawa,Seperti orang lain ketawaJika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,Ara pasrah dan relakan abang menjauhi, Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..Yang benar,Isteri yang menyanjungmu.*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..




Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?


4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?


Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.


Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.


Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.


“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”


Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..


Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..


Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..


(T.T)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Pantai Kau Ombak

Kehadiran umpama mimpi
Kepulangan yang dinanti
Diserakkan waktu itu terpanggil
Deruan suaramu bertintakan warismu
Sapaan dinanti namun berlalu sepi

Sekian kalinya berulang lagi
Tintamu bernada beralun mengikut arahmu
Namun berlalu berdesir pergi lagi
Hukum apa yang dicari

Apakah ketentuan waktu dimungkiri
Gelapnya jiwa diterangi kembali
Namun ku tak mengerti
hanya deraian mutiaraku berguguran
membasahi pipiku kian bedesir resah
namun dititik kepulangan jua lah
ungkaian ditintakan lagi

namun pasrah selagi diri berdandan kasih sayang
pilu didambakan menoktahkan tintamu…
haruskah diri ini menjadi pasir dipantai
selagi dirimu bernama ombak....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS