web widgets
RSS

Hatiku Kau Sakiti lagi


Hatiku kau sakiti lagi
Entah ke berapa kali ia terjadi
Kerana sayang ku pujuk hati
Memaafkan mu selalu

Betapa aku menyayangimu
Betapa aku merindukan
Kasihmu yang dulu

Mengapa Kau Berubah
Menyatakan sayangmu
Namun di sebaliknya
Kau melukakan hatiku
Dengan kecurangan

Hatiku kau sakiti lagi
Dengan harapan dan janji
Yang tak pasti

Adakah ku harus menurut
Rentak hati
Melepaskan dan membiarkan
Ikatan kita terlerai pergi

Biar tiada sakit lagi
Menghuni hati
Dari terusan disakitimu

Ketabahanku kau duga
Kesabaranku tercalar
Sampai bila harus begini
Merelakan diri di kecewakan
Oleh insan bernamamu
Yang ku sayang selalu dan bererti
Dalam hidupku.....



~~Niza Idris ~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan